Jumaat, 4 November 2011

RAHSIA BANK

Bank mempunyai satu rahsia licik yang mereka lakukan apa sahaja supaya ianya
tidak bocor kepada orang biasa!

Rahsia ini disimpan rapi oleh ekskutif mereka yang menjadikan mereka kaya raya.
Rahsia ini yang bolehkan orang kaya mencuri daripada orang susah. Walaupun kuasanya
yang tak terbatas, rahsia ini tersembunyi dari pandangan mata. Anda mungkin
sudah tahu tentang rahsia ini, dan anda mungkin tidak tahu betapa ianya membuatkan
bank anda kaya raya (dan anda menjadi semakin susah dan miskin).

Ramai yang mudah terlupa dengan rahsia ini atau tidak terdaya untuk menolaknya.
Jadi inilah masanya untuk anda bertindak. Jadi apakah rahsia ini?

Lebih lama bank berikan anda hutang, mereka menjadi lebih kaya!

Tidak kisah sebenarnya berapa kadar faedah yang bank caj. Kadar faedah yang tinggi
digunakan untuk buatkan anda berhutang lebih lama dan mereka boleh henyak anda
dengan bayaran yang lebih tinggi setiap bulan!

Lihat faedah yang perlu anda bayar apabila anda membuat pinjaman peribadi sebanyak
RM5000 dengan 8% APR, dengan terma yang berbeza.

1 Tahun, Jumlah Faedah: RM219.28
3 Tahun, Jumlah Faedah: RM640.48
5 Tahun, Jumlah Faedah: RM1082.80
10 Tahun, Jumlah Faedah: RM2279.20

Dan ini lebih memeranjatkan! Apabila anda membayar hanya bayaran minima untuk kad
kredit, hutang anda boleh menjangkau sehinga 30 hingga 40 tahun jika anda tidak
berusaha untuk membayar lebih daripada minima yang ditetapkan. Dan dengan kadar
faedah yang tinggi (18% setahun) anda sebenarnya membayar 2 kali ganda daripada
hutang kad kredit yang anda gunakan sebelum ianya habis dibayar.

Seperti yang anda lihat, tidak pelik jika bank menjadi kaya raya. Nasib baik kita
tahu tentang rahsia mereka ini. Apa yang boleh kita buat sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan